
Sulit
5 tahun
Bengkak angota badan
Ibu saya mengalami bengkak dari kaki hingga muka…ibu saya juga sekarang pengidap darah tiggi Dan kencing Manis…blh saya tahu APA punca Bengkak ITU

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kelemahan hati atau heart failure
- Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
- Cirosis hati atau liver cirrhosis
- Nephrotic syndrome
- Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
- Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
- Duduk atau berdiri terlalu lama
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.