Sulit
5 tahun
Bengkak atau benjolan pada bibir vagina
Saya wanita berusia 28 tahun, belum berkahwin.soalan saya, apa yang menyebabkan bengkak tersebut Dan bagaimana cara mengatasi. Untuk pengetahuan doktor, ia terasa sakit sewaktu saya membuang air kecil kerana terkena pada benjolan tersebut. Benjolan itu juga mengeluarkan cecair jernih.terima kasih atas jawapan doktor.
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai anda bertanya kepada kami walaupun soalan anda berunsur peribadi dan sensitif. Oleh itu, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab semua soalan anda berdasarkan fakta yang tepat.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan atau bengkak dalam kemaluan anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Selaput dara (hymen)
- Ketumbuhan polip
- Sista (cyst) seperti “Bartholian cyst”
- Ketuat akibat jangkitan virus HPV
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah




































