
Sulit
4 tahun
Bengkak belakang leher
Sy perempuan. Sy nak tanya Dr berkaitan benjolan blkg leher sy. Sy ada dptkn rawatan di klinik, tapi dktor ckp benjolan tu cuma infection biasa. Tp sy tahan sakit hampir seminggu dn skrg mmg sakit dn brdenyut sangat2. Boleh kata rate skala 7/10… Kalau xtekan pn sakit, klau tekan apatah lg. Dn xsemua infection memerlukan antibiotik ye dktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah bengkak pada belakang leher yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- trauma
- jangkitan kuman pada kulit
- jangkitan kuman pada tulang belakang leher
- folikulitis
Kami memerlukan maklumat lanjut tentang gejala yang anda hadapi selain daripada sakit dan bengkak pada belakang leher anda. Untuk makluman anda, tidak semua jenis jangkitan memerlukan antibiotik lebih-lebih lagi jika ia disebabkan virus.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Justeru, adalah digalakkan untuk merujuk doktor gejala anda ini supaya dapat diubati dan agar tidak menganggu kehidupan seharian. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.