Anonymous

5 tahun

Bengkak & benjolan di badan

Saya seorang ibu, mempunyai seorang anak umur 6 tahun. Soalan saya, 5 hari lepas saya mengalami sakit2 sendi dibahagian buku lali & kedua2 kaki. Keesokkannya, saya demam panas mengejut selama 2 hari dengan suhu tertinggi dicatatkan 39c & dan sudah ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Next day, saya ke KK yang berhampiran untuk membuat ujian darah memandangkan saya tinggal di kawasan denggi. Saya tidak batuk & flu semasa saya demam. Demam saya hilang selepas 2 hari tetapi saya dapati ada masalah baru yang timbul iaitu saya rasa tidak selesa di bawah kedua2 ketiak (seperti bengkak) dan pada masa yang sama rasa tak selesa di bawah telinga (bengkak) dan timbul benjolan seperti guli betul2 hujung berhampiran telinga. Ujian darah FBC saya di kk adalah normal dan ujian denggi juga negatif. Soalan saya, adakah saya perlu risau dengan masalah saya ini atau ia boleh hilang dengan sendirinya?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk pengetahuan anda, walaupun anda negatif denggi melalui ujian rapid combo test, anda masih berkemungkinan denggi, kerana ujian denggi boleh negatif terutamanya dalam fasa demam (febrile phase). Anda haruslah sentiasa memastikan mengambil air dan makanan secukupnya untuk memastikan badan anda mempunyai nutrisi yang cukup untuk melawan penyakit. Anda haruslah bergegas ke hospital untuk rawatan selanjutnya sekiranya anda mempunyau simptom seperti

  • sakit perut yang berlarutan
  • tidak dapat makan dan minum melalui mulut
  • terdapat simptom kekuningan

Terdapat juga sebab lain untuk simptom anda seperti

  • jangkitan kuman dan virus lain seperti penyakit taun
  • leptospirosis
  • penyakit autoimmune pada seperti SLE, rheumatoid arthritis

Benjolan itu berkemungkinan besar lymph node anda membengkak kerana sistem imun anda sedang melawan penyakit. Lazimnya dengan nutrisi dan hidrat yang baik demam denggi akan selesai dengna sendirinya.

Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)