manutd_167

5 tahun

Bengkak/benjolan di ketiak

Assalamualaikum dan salam sejahtera doktor,

Saya ingin bertanyakan berkenaan benjolan yang berlaku di ketiak :

  • benjolan hanya pada ketiak sebelah kanan
  • sakit bila ditekan/lengan digerakkan
  • tiada kesan gigitan
  • tiada kemerahan, masih seperti warna kulit asal
  • benjolan kekal di tempat sama hampir 4hari
  • badan mula demam seiring dengan kemunculan benjolan tersebut
  • ada sedikit batuk
  • lenguh di siku, lutut, pinggang (di bahagian belakang)

Untuk makluman, hari rabu saya telah mengambil panadol actifast. Hari khamis pula telah merujuk ke klinik kesihatan dan diberi paracetamol berserta vitamin C, ubat kumur tekak dan ubat selsema.

Namun tiada perubahan dikesan. Badan masih demam serta benjolan tetap tidak surut.

Terima kasih di atas perkongsian/khidmat nasihat dari tuan/puan

Salam sejahtera dan terima kasih untuk persoalaan anda. Terdapat banyak sebab anda boleh mendapat benjolan di ketiak.

Berdasarkan simptom-simptom yang anda adukan, nampaknya seperti ia infeksi bakteria akut. Pada pendapat saya, anda mendapat abses di ketiak kiri anda. Abses ini boleh tumbuh di mana-mana sahaja tetapi, lebih biasa terjadi di ketiak, sekitar anus dan vagina. Supaya para pembaca lebih faham, biar saya cuba terangkan dengan lebih jelas. Sebenarnya, apabila terdapat infeksi, badan kita akan cuba mengawal infeksi tersebut dengan menghantar sel darah putih ke tempat infeksi tersebut. Sel darah putih ini akan menyerang bakteria dan semasa proses in berlaku, beberapa jaringan di sekitarnya akan mati dan meninggalkan lubang berisi nanah.

Saya berpendapat yang anda harus berjumpa dengan doktor supaya anda boleh tahu dengan pasti apakah sebabnya. Doktor akan bertanya beberapa soalan secara lebih terperinci, membuat permeriksaan fizikal dan membuat ujian saringan darah untuk anda jika perlu. Rawatan untuk benjol di ketiak ini berbeza berdasarkan puncanya. Jika betul benjol itu adalah abses, doktor akan memberi anda antibiotik dan bergantung kepada saiz abses tersebut, mungkin akan mengeluarkan nanah dengan menggunakan jarum atau membuat percikan kecil di kulit.

Selain daripada itu, nasihat saya adalah untuk berjaga-jaga apabila mencukur bulu ketiak dan selalu memastikan ketiak anda kering dan bersih untuk menghindari jangkitan kuman. Kami di sini mengharapkan yang terbaik untuk anda. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)