
afiq.jaafar89
5 tahun
Bengkak/Benjolan Pada Leher Anak 3 Tahun
Salam/Hi Doc. Terdapat bengkak/benjolan pada leher kiri anak lelaki saya berumur 3 tahun. Saya sedar pagi semalam selepas anak saya mandi. Pada malam sebelum bengkak anak saya mengalami demam tiba tiba.
Selepas dibawa ke klinik, doc ada beri ubat antibiotik. Hari ini, setelah memberikan 3 kali ubat antibiotik saya perasan kaki anak saya gatal2 dan terdapat bengkak2 kecil seakan ruam. Untuk info,anak saya akan demam selepas effect pada ubat demam habis.
Soalan:
Apakah benjolan pada leher anak saya itu?adakah merbahaya dan akan surut?
Adakah kegatalan,ruam pada kaki anak saya akibat alahan pada ubat antibiotik yang diberi doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di leher boleh jadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus Paramyxovirus
- jangkitan kuman yang lazimnya Staphylococcus aureus ( S. aureus )
- jangkitan kuman TB
- autoimun
- pada orang HIV
Tergantung kepada penyebab, benjolan tersebut akan surut seandainya penyebabnya diatas. Hal ini membawa kepada persoalan kedua yaitu keluhan gatal-gatal. Sebetulnya, tanpa pemeriksaan lanjut dan tanpa melihat ruam adalah sukar untuk menentukan penyebab keluhan ini. Gatal dan ruam boleh jadi disebabkan beberapa perkara terutamanya sekiranya terjadi hanya di kaki, antaranya:
- jangkitan kuman, virus ataupun kulat
- gigitan nyamuk
- gigitan serangga
- alahan ubat
Seandainya memburuk seperti gatal dan merah merebak seluruh tubuh, kulit melepuh, ataupun terdapat sesak nafas, sebaiknya segera dibawa ke unit kecemasan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.