
nuraqilahtaha6
5 tahun
Bengkak,berbintik merah dan sakit
Hai, saya berumur 19 tahun. Kedua-dua buku lali,siku,lutut dan pergelangan tangan saya bengkak dan sakit sejak minggu lepas. Ia akan rasa sakit apabila saya berjalan dan melakukan aktiviti. Tangan saya kadang2 rasa kebas dan sengal. Dan saya dapati ada bintik2 merah di kedua2 belah kaki saya .Bintik merah tu macam kena gigit nyamuk.Bintik merah tu tak gatal tapi sakit apabila ditekan.
Sebelum ni lymph node saya bengkak di bwah leher dan diatas tlinga.
Apakah masalah saya doktor? Adakah penyakit saya merbahaya? Perlukah saya risau tentang sakit saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mempunyai gejala bengkak dan sakit pada sendi serta ruam. Gejala yang anda hadapi ini adalah agak membimbangkan. Namun pihak kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan atau diagnosis tanpa maklumat lanjut, pemeriksaan dan juga ujian tertentu.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk segera merujuk masalah ini kepada doktor kerana jika ia merupakan masalah serius ia boleh memudaratkan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.