
Sulit
4 tahun
Bengkak Bernanah di bahagian pubic
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya sedang dlm tempoh haid bila saya rasa ada benjolan kecil di bahagian pubic saya. awalnya kecil je, rasa mcm besar sikit dari biji lada hitam. Then lama2 saya perasan biji tu semakin membesar, dan bila saya picit keluar air nanah. Apa masalah yg mungkin sdg sya hadapi? dan apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap benjolan yang terdapat di kemaluan anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Infeksi kulit seperti folliculitis(keradangan liang roma )
- Masalah ‘ingrown hair’ di mana bulu terperangkap di bawah kulit. Ini boleh menyebabkan jangkitan.
- Penyakit kelamin seperti siflis , gonorea dan sebagainya
- Bintik frodyce: ada dasarnya di bawah permukaan kulit terdapat banyak sekali kelenjar minyak.
Akn tetapi terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Oleh sebab itu, untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.