
Sulit
4 tahun
Bengkak di Bahagian Dalam Pipi
Saya lelaki berumur 18 tahun, pada beberapa hari yang lepas bahagian dalam pipi saya mula membengkak. Namun hanya pafa bahagian sebelah kanan sahaj. untuk pengetahuan saya juga mada gigi bongsu yang dah lama tetapi tidak pula berasa sakit di bahagian tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pipi dalam bengkak boleh disebabkan oleh:
- Myofibroma
- Lesi cyst cervicofacial
- Reaksi alahan
- Bengkak kelenjar parotid (dalam pipi) akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Sindrom nefrotik
- Masalah kalenjar tiroid yang bengkak - menyebabkan aliran darah tidak dapat turun
Keluhan dan keterangan yang tuan berikan adalah terlalu singkat sehingga sukar untuk ditentukan penyakit-penyakit yang mendasari gejala tersebut. Untuk mengatasi bengkak tersebut, punca masalah haruslah diketahui. Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan sekarang adalah merujuk masalah ini kepada doktor pergigian dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan rujuk ke doktor dengan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.