faridrani98
4 tahun
Bengkak Di Bahagian Kulit
Saya lelaki berumur 21 dan zakar saya di bahagian kulit bengkak. Bahagian kulit lebih sebelah sahaja. Tapi tiada apa apa jangkitan lain seperti nanah, kencing rasa sakit dan lain lain lagi. Ia hanya bengkak di bahagian kulit kiri zakar. Bengkak hanya setempat sahaja. Adakah di sebabkan gigitan serangga? Sebab tiada sakit, bila tekan baru rasa sakit sedikit di bahagian bengkak itu. Terima kasih dokter.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bengkak pada bahagian kulit kemaluan anda boleh disebabkan:
- Gigitan serangga
- Alahan kulit pada sabun atau kain seluar dalam
- Jangkitan kuman
Sekiranya anda mengalami gejala seperti kesukaran buang air kecil serta bengkak yang semakin membesar, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.