
Anonymous
5 tahun
Bengkak di bahagian punggung
Sy baru mengenal pasti ade “lump” atau bengkak di sekitar dubur saya. Setelah buang air besar, akan rasa sakit buat sementara waktu dan okay balik selepas bbrapa jam.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan yang anda rasai disekitar dubur anda boleh disebabkan:
- Buasir
- Kista (cyst)
- Nanah dari jangkitan sekitar dubur
- Lipoma - tisu lemak membesar
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.