
Sulit
4 tahun
Bengkak di bawah ketiak tetapi tidak keras dan bukan benjolan
Saya perempuan 19 tahun dan saya mempunyai bengkak di bawah ketiak. Bengkak tu nampak bila kepit tangan seperti lemak yang berlebihan tetapi ada rasa sakit sakit sikit bila tekan. Masa datang period pun sakit sangat and besar sikit dari biasa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. daripada maklumat tersebut, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala benjolan pada ketiak ini, antaranya:
- Alahan terhadap bahan kimia dalam ubat ketiak atau deodorant
- Terdapat kemungkinan deodorant yang dikatakan semula jadi masih mempunyai bahan kimia yang kurang serasi dengan kulit anda
- Foliculitis; jangkitan pada folikel bulu ketiak
- Benjolan daripada kalenjar limfa yang bengkak
- Lipoma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.