
syiera06_87
5 tahun
Bengkak di payudara dan rasa sakit
Umur 32 tahu. Baru melahirkan bayi dan sekarang bayi berumur 8 bulan. Secara czer. Mempunyai penyakit kencing manis. Beberapa hari ni rasa bengkak di payudara. Dan rasa sakit bila terlanggar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang puan berikan, sakit serta bengkak di payudara boleh disebabkan:
- Mastitis (radang payudara disebabkan jangkitan kuman)
- Nekrosis lemak payudara
- Penyakit Paget payudara
- Cyst payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.