
Sulit
2 tahun
Bengkak di punggung
Hai doktor,saya lelaki berumur sekitar 20an.Saya mengalami bengkak dia celah dubur dan demam hampir seminggu.Sekarang bengkak itu mula kurang sakit dan tumbuh bengkak baru di tengah2 punggung ( sekitar tulang punggung).Sudah berjumpa dgn doktor dan dapatkan ubat tp masih lagi bengkak.Apa perlu saya buat ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sekiranya anda sudah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan ubat, anda perlu mengikuti pengambilan/penggunaan ubat tersebut. Hal ini kerana bengkak pada dubur anda mungkin memakan masa untuk surut. Selain itu, anda juga perlu mengurangkan tekanan pada dubur anda seperti duduk dikerusi yang keras serta meneran ketika membuang air. Sekiranya bengkak tersebut semakin memburuk, anda perlulah berjumpa dengan doktor anda semula bagi pemeriksaan lanjut. Sekian