
aazlina441
5 tahun
Bengkak dileher sebelah kiri
Saya wanita umur 39.2 hari ni saya pening kepala,hari ni sakit tekak,sakit nk menelan,badan rasa macam nak demam.Kemudian bila saya pegang leher ,saya dapati ada macam bengkak kecil disebelah kiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala bengkak di leher beserta demam dan susah menelan makanan boleh berpunca daripada:
- Kalenjar tiroid (hiper/hipo tiroid)
- Radang kalenjar ludah
- Sista (cyst) tiroglossal
- Abses
- Radang tonsil (Tonsilitis)
- Limfa-dinopathy (Radang nod limfa)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.