
latifahnorsiah87
5 tahun
Bengkak gusi selepas cabut gigi
Saya berumur 32tahun.baru-baru ini saya telah mencabut gigi geraham…gusi tempat yang cabut tu menjadi bengkak dan berbau…saya hanya minum air dan makan roti saja kerana tidak tahan dengan gusi yang bengkak…sya 2x berus gigi sehari…apa cara utk mengurangkan sakit gusi tempat cabut itu.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh dari infeksi gigi.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor atau doktor gigi dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Doktor akan memeriksa mulut serta badan anda dan rawatan yang terbaik dan sesuai akan diberi kepada anda. Ubat tahan sakit dan antibiotik juga boleh diberi mengikut keadaan gusi anda.
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mulut dan gigi untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku lagi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk memeriksa mulut dan gigi anda sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda juga harus memberus gigi serta menggunakan flos seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Cecair pembersih mulut juga boleh membantu menjaga kebersihan mulut dan gigi. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!