
Sulit
5 tahun
Bengkak kaki kanan di bahagian jari dan tapAk kaki
Sy berumur 25 tahun seorg suri rumah dan mmpunyai mslh kurang drah. Bberapa hari ni sy kerap nak pitam bila bngun dh kki sy tiba2 bengkak seperti sy tersepak sesuatu sdgkn sy yakin sy tidak trsepak apa2. Kki sy mula skt ble bngon dri tdo dan mkin lme semakin bengkak dan skt

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang sendi (Rheumatoid Arthritis)
- Gout
- Jangkitan kuman pada kaki (Septic Arthritis)
Sekiranya sakit tersebut membuatkan anda tidak boleh berjalan serta demam, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut secepat yang mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.