
Sulit
4 tahun
BENGKAK KALENJAR dibahagikan telinga kiri
Anak sy berusia 1 tahun 6 bulan dan seorg anak lelaki. Last year (awal bulan 12) anak sy telah dapat rawatan di hospital kerajaan mengenai bengkak kalenjar yg timbul di pelbagai area seperti belakang telinga dan area bahagian belakang kepala dan bengkak tersebut semakin surut selepas mendapat rawatan seperti minum antibiotik dan mempunyai rawatan susulan pada bulan 3 nanti. Akan tetapi, sy dapati bengkak di area belakang telinga kiri semakin membesar manakala disebelah kanan dan area lain semakin mengecil dan memghilang. Pada mulanya ia seperti biji pea dan boleh bgerak sedikit (pada bulan 12) akan tetapi anggaran bengkak tersebut di telinga sebelah kiri seperti sebiji guli dan amat ketara kalau dilihat ya. Ia tdk bgerak dan ini merupakan hari kedua sy monitor jadi sy tak berapa tahu adakah ia semakin membesar atau tidak tetapi ia sehingga hari ini size sama seperti semalam. Keadaan anak sy pula dia ada sedikit2 batuk tanpa kahak, tp tidak terlalu kerap, tiada demam sepanjang bulan 12 tahun lepas sehinggalah sekarang, masih aktif, selera mkn minum susu pun seperti biasa, tidak berpeluh berlebihan, ruam di bahagian kulit belakang leher ada gatal2 sedikit disitu selebihnya anak sihat.
Doktor ada beritahu sy mengenai kanser limfoma yg dia akan spot satu tempat sahaja dan bengkak itu semakin membesar ( which is bengkak telinga kiri anak semakin membesar dan state pada 1 tempat) tetapi sy tidak mendapati simptom-simptom lain seperti demam berpanjangan, berpeluh secara berlebih-lebihan dan sebagainya.
Persoalan sy kenapa ia membesar ? adakah ia masih dikategorikan sebagai bengkak kalenjar, nanah, atau limfoma ? mohon penjelasan drpd doktor. terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Pihak kami percaya doktor di hospital telahpun memberikan rawatan yang sepatutnya mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Justeru pihak kami menyarankan puan untuk terus mematuhi nasihat dan arahan yang telah diberikan oleh doktor daripada hospital kerajaan. Sekiranya keadaan anak puan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk melakukan rawatan susulan ataupun follow-up dengan pihak hospital tersebut.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan atau bengkak yang terdapat pada bahagian telinga kiri ataupun leher anak anda boleh disebabkan:
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”, “thyroglossal cyst”
- Bengkak nod limfa - akibat kesan jangkitan kuman yang masih belum surut
- Follikulitis - jangkitan pada kulit
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.