
Sulit
3 tahun
Bengkak kebas otak / sakit leher
Hi doktor. Minggu lepas saya terjatuh dan kepala saya terhentak di lantai. Saya tak sedarkan diri dan suami saya hantar saya ke hospital. Selepas scan, doktor di hospital cakap saya ada darah beku sikit di otak dan ada pendarahan / bengkak sepanjang 5cm. Tetapi doktor cakap tiada apa yang perlu dirisaukan sebab pendarahan di bahagian otak yg saya alami tu adalah bahagian yang mudah berdarah. Selepas discharge, saya alami kebas hingga kini di bahagian bengkak tersebut. Dan kadang kala pening / sakit leher dan juga sakit kepala yang menyebabkan sukar utk saya tidur. Perlukah saya lakukan rawatan sekali lagi? Atau adakah itu normal utk bengkak yang baharu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Proses pemulihan tisu yang cedera
- Darah beku di dalam otak menyebabkan saluran darah tersumbat
- Jangkitan atau keradangan pada tisu yang cedera
- Jangkitan otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda mengalami gejala seperti kebas, sakit leher dan pening kepala, perkara ini memerlukan perhatian segera oleh anda dan juga doktor dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera juga sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Lemah atau lumpuh pada anggota badan tertentu
- Demam
- Sakit kepala
- Lemah badan
- Pitam atau hampir pitam
- Loya dan muntah
- Penglihatan terganggu
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.