
Sulit
4 tahun
Bengkak kelenjar dibawah kedua dua rahang lebih dr setahun
Kedua2 bawah rahang sy ada bengkak kelenjar yg lebih dr setahun tidak hilang,dipegang tidak sakit,kadang2 terasa berdeyut.bahagian leher sll sakit kaku.sll juga sakit tekak,lidah terasa sakit,tp tak ada ulser atau kulat,perut selalu Rasa kembung,kepala selalu rs melayang dan badan sy selalu rasa tidak sihat tetapi tak demam,Sy dapat rs kan badan Sy tidak fit.otot2 pn terasa sakit terutama Dari pinggan ke kaki.sy sudah buat full blood test termasuk ESR doc ckp blh kesan tb dan juga saringan sakit kelamin,tp result semua ok.apa yang perlu Sy buat,apakah ni disebabkan dr bengkak kelenjar itu?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara:
- Myofibroma
- Lesi cyst cervicofacial
- Reaksi alahan
- Bengkak kalenjar parotid (dalam pipi) akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah kalenjar tiroid yang bengkak - menyebabkan aliran darah tidak dapat turun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.