
rasta9840
5 tahun
Bengkak kelenjar limfa
Salam sejahtera doktor, saya ada pertanyaan bengkak kelenjar dileher sebelah anak tekak saya… Keci sebesar kacang hijau dan keras tetapi boleh digerakkan…hari pertama rasa 2minggu lepas kerana sakit di part tu… Dan tak rasa sakit selepas mkn antibiotics… Tetapi smpai sekarang saiz masih sama… Dan sy tiada simpton seperti berpeluh malam, demam, sakit gigi atau apa2 simpton yang saya baca. Cuma semalam saya ada ruam dipinggang agak besar hanya gatal ketika berpeluh sahaja… Dan nafsu makan saya seperti biasa dan tiada ciri menunjukkan saya kurus dan maintain 84kg… Adakah bengkak ini bahaya atau tak? Sedangkan doctor memberitahu tiada apa… Cuma muskil dan 2minggu bengkak itu tak surut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus/kuman
- Penyakit Hematologi
- Reaksi daripada Ubat-ubatan
Walaubagaimanapun, jika ketulan ini memberi masalah yang serius seperti sesak nafas, suara serak dan sebagainya, sila hubungi dokto di klinik dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.