
Anonymous
5 tahun
Bengkak kelenjar tonsil
Apakah makanan yang perlu dielakkan dan makanan yang dapat membantu surutkan bengkak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, tonsilits biasanya terjadi disebabkan seseorang itu sensitif terhadap jangkitan virus ataupun bakteria. Pada kes-kes ringan, ubatan seperti antibiotik dan supllemen vitamin dapat diberikan bagi membantu memberi daya tubuh melawan jangkitan.
Makanan yang lazim digalakkan untuk membantu melegakan bengkak tonsil adalah makanan dingin seperti ice cream, frozen yogurt, dan popsicles. Sementara itu, makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang pedas, minuman panas serta makanan panas seperti durian. Selain itu, adalah digalakkan untuk perbanyakkan minum air serta memakan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin dan nutrien untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
Tambahan pula, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan perawatan lanjut atau tidak. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan memperoleh keterangan tambahan. Terima kasih.
Photo by Pablo Merchán Montes