
Sulit
4 tahun
Bengkak kelenjBengkak kelenjar Di Leher Dan kepala.tidak sakit ditekan Dan tidak merasa demam, batuk Dan selsema
Saya Lelaki berusia 29 tahun.saya baru prasan bahagian leher saya ada 4 biji kelenjar limfa bahagian Leher dan kepala dan tidak sakit apabila ditekan.saya tidak demam,batuk dan selsema.adakah itu tanda kanser.?sy telah diberikan ubat antibiotik dan alergik oleh Doktor.adakah kelenjar limfa Hodgkin tidak merasa sakit? Perlukah saya check darah dapat jawapan penyakit dgn tepat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda mengenai gejala yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami bengkak kelenjar limpa di bahagian leher:
- Jangkitan kelenjar limpa atau lymphadenitis
- Jangkitan telinga
- Jangkitan pada gigi
- Jangkitan rongga sinus
- Tuberkulosis atau Tibi
- Kanser
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami keadaan sedemikian.
Anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera sekiranya keadaan anda semakin melarat dan mengalami gejala ini:
- Demam
- Loya dan muntah
- Sukar bernafas
- Batuk berdarah
- Turun berat badan dan hilang selera makan
- Kelesuan badan
Untuk menjawab persoalan anda, kelenjar limpa tidak akan berasa sakit melainkan ianya terjangkit dan tersekat. Kami galakkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dahulu dan berbincang dengan doktor anda sebelum anda membuat ujian darah.
Jika anda masih mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi peribadi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.