
Anonymous
5 tahun
Bengkak & luka di bhgian depan takak kaki
Saya wanita 30 an tapi saya wakil kan tuk mak saya yg ber umur dlm 60an…mak mmg mengalami kencing manis,darah tinggi…sblm nie pon mmg mkn ubt…br2 nie kaki mak saya terluka & bengkak…refer klinik doc cuci luka kaki mak…saya nak tnye doc ader x cara selain cuci luka & mkn ubat.? terima kasih doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, non healing ulcer dalam kalangan pesakit kencing manis adalah kedaaan di mana luka yang terjadi pada badan terutamanya kaki tidak sembuh untuk waktu yang lama walaupun ia dicuci dan disapu dengan ubat. Ini adalah kerana pengaliran darah dan proses penyembuhan luka terbantut dalam pesakit diabetes. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika luka tersebut dijangkiti kuman.
Antara langkah/ubat yang disarankan untuk keadaan ini adalah:
- Pencucian luka dari semasa ke semasa, memastikan kawasan luka bersih
- Penjagaan kawasan luka
- Antibiotik untuk kuman yang menjangkiti luka
- Kawal paras gula dalam darah (diet dan ubat)
- supplemen seperti Vitamin B6 untuk saraf
Untuk penerangan yang lebih terperincu, sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih