
Sulit
4 tahun
Bengkak “lump” di punggung
Selamat sejahtera Dr. Saya seorang lelaki berusia 31 tahun. Gejala ini mungkin disebabkan sewaktu senaman “squat” dalam empat hari lepas. Selepas dari senaman saya membuang air besar disebabkan sakit perut yang lazim berlaku tetapi selepas itu, saya berasa sakit sehinggakan bengkak telah berlaku di bawah punggung yang berbenjol sebelah kiri. Setelah berulang kali membuang air besar, benjolan ini akan menjadi lebih sakit dan sentiasa keras dan panas. Buat sementara untuk menghilangkan sakit ini, saya tuamkan “ice pack” untuk hilangkan rasa sakit bengkak tersebut. Tetapi setakat ini bengkak masih tidak surut. Mohon Dr beri panduan dan pencerahan ini.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Buasir
- Anal prolaps
- Folliculitis
- Bisul
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.