Sulit
5 tahun
Bengkak pada bahagian leher
helo doktor. saya mahu bertanya berkenaan dengan bengkak di bahagian leher. pada mulanya saya berpendapat ini adalah mumps. tetapi setelah di rawati bahagian mumps telah sembuh. bahagian bengkak di leher belum pulih. saya merasakan ini merupakan bengkak berpunca daripada gigi bongsu yang sememangnya telah beberapa kali mengalami kasikitan. apakah rawatan segera yang dapat saya ambil ketika musim kawalan covid 19 ini?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah bengkak pada leher boleh disebabkan oleh masalah pada gigi, jangkitan mumps, masalah kelenjar tiroid dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.































