
cheritachucks
5 tahun
Bengkak Pada Bahagian Rusuk Kanan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Saya mengalami rasa sakit dibahagian belakang rusuk kanan. Ia kelihatan, seperti bengkak disertai sengal2 yang terlampau. Apabila ditekan, saya akan sendawa. Adakah saya mengidam masalah pankreas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa punca gejala-gejala yang disebutkan seperti:
- Jangkitan buah pinggang
- Batu karang
- “Cyst” buah pinggang
- Jangkitan saluran kencing
- Kanser buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.