
Anonymous
5 tahun
Bengkak pada payudara sebelah kiri
Saya wanita berusia 34 tahun. Raya puasa yang lepas saya perasan payu dara kiri saya ada ketulan sebesar telur ayam bersize B. Sedangkan 2 minggu semasa puasa saya ada buat pemeriksaan kesihatan (untuk rekod syarikat) dan tiada apa2 tanda ketulan pada payudara saya. Sesama saya sedar ketulan tersebut, saya dalam keadaan haid. Saya beranggapan mungkin itu simptom kerana haid. Namun ketulan tersebut masih belum hilang walau haid saya sudah berhenti.
Utk rekod, saya penah membuat pembedahan kecil membuang cyst dipayudara yang sama pada tahun 2008. Saya jugak seorang ibu yang sudah berhenti menyusu anak saya sejak 2 tahun lepas. Sekarang untuk pencegahan kehamilan saya mengambil suntikkan dan ini adalah sesi yang ke2.
Mohon doctor untuk beri pendapat tentang keadaan saya. Kerana saya rasa amat berat hati untuk membuat rawatn lanjutan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.