
Sulit
5 tahun
Bengkak pada vagina
Saya berusia 18 tahun, seperti biasa saya datang period pada asal bulan, saya mengalami pembengkakan pada vagina, 2hari sebelum datang period bulan 12 ni, Boleh saya tahu jika saya merawatnya DENGAN air garam, adakah ia Selamat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Irritasi ataupun alahan daripada bahan seperti sabun pencuci ataupun pakaian.
- Trauma kepada alat kemaluan
- Jangkitan bacteria
- Jangkitan yis
- Keradangan serviks
- Mengandung
Punca bagi masalah ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu supaya rawatan serta ubat yang tepat dapat diberikan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.