
Sulit
3 tahun
Bengkak & sakit di leher belah kanan
Saya berumur 30thn(wanita), obes. Bangun tidur pagi tadi terus terasa sakit di bahagian leher dan mendapati ada bengkak dan bila tekan terasa pedih dan sakit. Dan sehingga kini saya rasa tidak sedap badan sebab badan lemah. Untuk makluman, Saya merupakan pesakit uveitis sejak umur 13tahun. Justeru, boleh doktor tolong perjelaskan kenapa leher saya bengkak. Saya ingin dapatkan rawatan segera tapi saya bimbang. Mudahan ade pencerahan berkenaan sakit yg saya hadapi ini. Sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas mengenai gejala bengkak pada bahagian leher yang dialami, kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bisul
- Pembengkakan kelenjar getah bening
Namun, ia boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan oleh doktor seperti:
- Carbuncle
- Jangkitan kuman
- Kista
- Lipoma
- Ketumbuhan
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor bertauliah kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang isteri anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih