
Sulit
3 tahun
Bengkak selepas disuntik dipunggung tidak hilang hampir sebulan
Saya wanita dalam 20an, saya sedang berpantang selepas bersalin. Sebelum saya melahirkan ank prtma saya tlah disuntik dipunggung. Menyebabkan bengkak setelah disuntik. Dan kemudian bengkak slpas disuntik itu tidak hilang hampir sebulan. Adakah ia normal doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu benjolan di punggung selepas disuntik. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Abses/Bisul (Nanah akibat jangkitan kuman pada kulit)
- Folliculitis (Jangkitan follikel kulit)
- Lebam akibat trauma
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.