
kakcik_ili
5 tahun
Bengkak selepas makan ubat tibi
Saya berumur 28 tahun dan baru sahaja menjalani pembedahan parotidectomy, dan telah disahkan hidapi tibi granuloma. Tapi, sejak saya makan ubat tibi, tempat incision membengkak sehingga sakit ngilu adakalanya. Adakah saya perlu stop ubat tibi? Adakah saya perlu jumpa pakar bedah atau pakar respiratori?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bengkak tersebut kemungkinan adalah reaksi normal akibat tindakan insisi. Ia akan berkurang dalam tempoh beberapa hari. Memandangkan anda telah disahkan mempunyai Tibi, sebaiknya anda meneruskan pengubatan memandangkan bahaya kuman Tibi sekiranya merebak dan membiak lama dalam tubuh.
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.