
rajaakmarina
2 tahun
Bengkak tulang rusuk kiri
Saya baru habis berpantang anak sulong.sekarang saya mengalami bengkak pada bahagian tulang rusuk kiri. Apakah penyebabnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan serta pemeriksaan doktor adalah diperlukan bagi mengenalpasti punca bengkak pada bahagian kiri tulang rusuk. Antara punca-punca yang boleh terjadi adalah:
- “Splenomegaly” - limpa bengkak akibat jangkitan kuman dalam badan, banyak sel-sel darah merah mati dan lain-lain
- Radang tulang rusuk (kostokondritis)
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Kista (“Cyst”) badan
- Bengkak kalenjar payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.