
Sulit
3 tahun
Bengkak yang tidak sakit tumbuh di bahagian ketiak, dan punggung
Hello doc, saya lelaki berumur 20 tahun, saya mempunyai benjolan di celah punggung, rasanya tidak la sakit sangat, tahun lepas juga saya pernah mengalami bengkak tersebut di ketiak saya, tetapi ia mengambil masa lama untuk reda. Saya juga mengalami sesak nafas. Apa perlu saya buat.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala benjolan di bahagian punggung. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Abses/Bisul (Nanah akibat jangkitan kuman pada kulit)
- Folliculitis (Jangkitan follikel kulit)
- Lebam akibat trauma
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.