
ayma3132
5 tahun
Benign di payudara kanan
Boleh ke minum minuman kolagen jika ada benign ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kami sebagai doktor teguh dengan pendirian bahawa zat-zat adalah lebih baik diambil dari makanan semula jadi. Kolagen adalah salah satu komponen dalam badan yang diperlukan untuk menghasilkan tisu-tisu tertentu.
Badan kita mampu menghasilkan kolagen secara semula jadi. Anda perlu mengamalkan diet yang seimbang dan kerap bersenam serta jalani hidup bebas tekanan. Produk-produk makanan tambahan boleh diambil dengan syarat ia mendapat kelulusan dari pihak KKM.
Jika boleh percuma buat apa kita membazir duit kan? Bagi kondisi anda, pastinya doktor yang merawat anda lebih arif. Sentiasa berbincang kembali dengan doktor yang merawat anda. Jika anda memerlukan pendapat lain, sila Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.