Sulit
3 tahun
Benjol kecil di leher sebelah kanan
Hi Doc, saya baru perasan terdapat benjolan kecil di leher ketika mandi dan apabila ditekan sakit. Patutkah saya pergi ke klinik dan mendapatkan pemeriksaan. Terima Kasih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Anda perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut. Untuk makluman pihak anda,masalah benjolan di leher yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pembesaran kelenjar limfe
- pembesaran kelenjar tiroid
- Non cancerous tumor
- kesan sampingan ubat - ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.