
fazim0410
5 tahun
Benjol pergelangan tangan
Saya wanita 28thn belum berkahwin, dah seminggu lengan saya rasa sengal sengal. Bila disentuh ada mcm benjol dkt tulang. Saya masih boleh buat kerja mcm biasa. Cuma bila ssya cuba nak gerakkan pergelangan tangan th skit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Menurut keterangan anda,sakit sendi boleh disebabkan oleh :
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
Untuk mengurangkan rasa sakit tersebut, anda boleh:
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
- pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Jika kesakitan berterusan dan mengganggu aktiviti seharian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan konsultasi serta rawatan yang sewajarnya.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.