
Anonymous
5 tahun
Benjolan atas bola mata anak
Hi Doc. Anak sy berusia 1 tahun 6 bulan. 2,3 hari ini saya perasan ade seperti benjolan belah dalam atas bola mata anak saya belah kiri. Belah kanan tiada. Ia amat merisaukan saya. Apekah ianya ketumbit atau ape ye? Risau pula saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi anak anda. Untuk makluman puan, keterangan tentang gejala yang dialami adalah kurang lengkap. Merujuk kepada benjolan di atas dalam bola mata, hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- alergi
- keradangan lapisan konjungtiva kelopak mata (dalam)
- trauma / luka
- kemasukan benda asing
Tedapat beberapa soalan yang harus ditanyakan sebelum membuat kesimpulan tentang sakit anak puan. Sebaiknya anda tanyakan apakah anak anda merasa seperti mengganjal atau berpasir, bagaimana matanya apakah merah, berair dan sakit serta apakah terdapat gejala tambahan seperti demam.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.