Sulit
4 tahun
Benjolan atau bengkak pada perineum
Assalamualaikum doctor, sy hamil 37minggu.
Ini kehamilan ke 3 sy.
Mengandung kali ke 3 ni, sy tiba2 saya mengalami kdg2 bengkak pd sekitar dinding faraj tu. Belah dalam.
Ia bermula sejak kehamilan masuk 35 minggu,
Biasanya terasa mcm dinding faraj tu seperti membengkak dan ngilu.
Ia tidak lah menyakitkan.
Hari ni saya cek, seperti ada Benjolan pd dinding faraj tu belah dalam, ia sekitar kwsn perineum tu shja.
Adakah ia normal doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di dinding faraj sewaktu kehamilan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kondisi normal tubuh sebagai persiapan melahirkan
- Keradangan akibat jangkitan
- Akibat perubahan hormon
Seandainya ia menimbulkan gejala tambahan seperti sakit, maka adalah amat digalakkan untuk segera menemui doktor. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.