
Sulit
5 tahun
Benjolan bawah dagu dan kerap sakit dada kanan
Saya wanita berusia 22 tahun, sebelum ni saya batuk almost 1 month, after dah pulih drpd batuk, kini saya mengalami ada ketulan pada bawah dagu n rahang sebelah kanan, serta saluran pernafasan saya terasa sempit, sakit dada sebelah kanan juga, dan sering dada berasa senak dan penuh. Adakah ia ada jangkitan mahupun kesan selepas pulih drpd batuk tu? Saya da alami ketulan tu almost 1 month juga, dan ketulan tu tak surut" lagi. Apakah tindakan yg perlu saya lakukan?? Adakah ia bahaya? Mohon pencerahan. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit. Antaranya:
- jangkitan paru tuberkulosis
- limfadenitis
- chronic bronchitis
- jangkitan paru-paru
- kanser
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.