
Sulit
5 tahun
Benjolan / biji di kemaluan
Doctor saya nak tanya, saya ada biji / benjolan di kulit vagina saya di bahagian atas tetapi kedalam sedikit. Bila di sentuh kuat sedikit terasa sakit . Pada awalnya saya ingat jerawat tetapi bukan. Boleh doctor beritahu apa tu dan macam mana nak hilangkan. Saya belum pernah jalankan hubungan intim or seks apa apa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Cyst
Fordyce spots
Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi, memadangkan anda tidak mengalami gejala lain, anda boleh awasi dahulu masalah anda. Sekiranya ia semakin banyak, sakit, kemerahan anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.