
Sulit
4 tahun
Benjolan bwh rahang bernanah
Sy wanita berumur 32thn…dibawab rahang kanan sy ade benjolan kecil yg bernanah…pernah jmp dktr tp silap sy xmkn antibiotik smp hbis sbb benjolan tu makin susut…lpas sbln bnjolan tu dtg blk dan bernanah…ape yg perlu sy buat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Anda perlu mengambil antibiotik semula untuk merawat masalah anda dengan sempurna. Oleh itu, saya sarankan anda untuk pergi ke klinik berdekatan dan dapatkan rawatan daripada doktor.
Untuk pengetahuan anda, benjolan di rahang anda boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Bengkak nod limfa ketika demam - darah putih berkumpul untuk melawan jangkitan
- Tempor-Mandibular Joint syndrome - sakit pada sendi rahang
- Radang tonsil
- Radang kalenjar parotid - akibat jangkitan/batu karang/auto-imun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.