
Sulit
4 tahun
Benjolan di bahagian pergelangan tangan
Saya wanita berumur 18 tahun. Baru-baru ini saya perasan ada benjolan kecil di bahagian pergelangan tangan saya. Bila saya tekan tak terasa sakit. Tapi lama-lama saya jadi tak selesa. Pernah beberapa kali saya tekan-tekan bahagian benjolan. Kalau tak silap saya ada terhentak atau terlanggar bahagian benjolan tu lepastu saya dapati benjolan tu macam dah kecil atau hilang. Tapi lepas beberapa hari benjolan tu ada balik. Saya ada lihat di internet,ada yang menyebut benjolan tu sebgai ganglion cyst. Betulkah ?? Macam mana saya nak tahu tu adalah ganglion cyst atau tak. Ada masalah lain ke selain ganglion cyst?? Macam mana saya nak hilangkan benjolan tu selain daripada pembedahan dan aspiration? Harap doctor dpt membantu. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu benjolan di pergelangan tangan. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Lipoma
- Kista ganglion
- Ketumbuhan jinak mahupun ganas
- Intradermal nevus
- masalah kesihatan lain
Untuk mengetahui rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah mengganggu aktiviti anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih