
Sulit
4 tahun
Benjolan di bahagian telinga . benjolan di deon tragus
sya wanita umur 20 . sya nak tanya kenapa ada benjolan dekat telinga sya . benjolan dekat depan tragus . sya tak tau daa berapa lama . sya baru perasan harinieh . sya nak tau apa punca terjadi macam tuu dan adakah itu membahayakan sya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah benjolan di telinga pada bahagian deon tragus seperti yang anda perihalkan. Untuk makluman anda, gejala benjolan ini pada biasanya adalah perkara yang tidak serius dan tidak perlu dibimbangkan atas pengaruh terhadap kesihatan anda. Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda hadapi iaitu:
- Ketumbuhan jerawat atau sista (Sebaccous cysts)
- Ketumbuhan lipoma
- Jangkitan kuman bakteria seperti Staphyloccoccus aureus yang menyebabkan ketumbuhan bisul. Selalunya ia bercirikan mengeluarkan lendiran nanah.
- Ketumbuhan keloid, ia adalah disebabkan oleh luka yang sembuh
- Seborrheic keratosis, salah satu ketumbuhan prakanser
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Sementara itu, kami sarankan anda agar untuk tidak menggangu ketulan tersebut serta menjaga kebersihan muka atau pada kawasan telinga bagi mengelakkan iritasi atau perebakan jangkitan yang mungkin terdapat pada benjolan tersebut. Sekiranya anda mengalami keruaman, kesakitan, atau juga penumbuhan ulser, sila berjumpa dengan doktor anda dengan kadar segara agar menerima rawatan yang sewajarnya untuk masalah anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.