
Sulit
3 tahun
Benjolan di bawak ketiak hampirpayudara
Saya baru berasa sakit dan meraba dibawah ketiak hampir payudara ada benjolan atau ketiolan bila tekan mcm sakit

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah benjolan di ketiak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Fibroadenoma
- Sista
- Lipoma
- Jangkitan kulat
- Penyakit lupus
- Kanser payudara
- Limfoma
- Leukemia
Walaubagaimanapun, benjolan di bawah ketiak sering membimbangkan kaum wanita kerana ia boleh menjadi petanda kepada kanser payudara. Wanita disarankan untuk melakukan sendiri pemeriksaan payudara pada setiap bulan.
Perubahan yang boleh berlaku pada payudara adalah seperti berikut:
- perubahan pada puting payudara
- struktur kulit berubah
- bengkak
- merah
- bernanah
- benjolan pada payudara
Sekiranya terdapat salah satu perubahan yang dinyatakan haruslah dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.