Anonymous
5 tahun
Benjolan di belakang anus
Saya lelaki 30an, tinggi 178cm berat 110… baru saja mengalami benjolan di belakang dubur kira-kira sebesar ibu jari dan sangat sakit dan senak. Amat tidak selesa. Pergerakan saya terbatas sebab sakit. Bila disentuh makin sakit. Saya pernah didiagnos mengalami internal haemorroid cuma on medication. Benjolan itu keluar ketika saya meneran ejaculation tempohari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak tuan, besar kemungkinan benjolan yang anda hadapi pada belakang anus atau dubur anda adalah hemorrhoid atau buasir. Namun begitu maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal haruslah dilakukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Sila rujuk kepada doktor yang merawat buasir anda sebelum ini bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan memandangkan keadaan anda mungkin telah menjadi lebih serius. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































