
Sulit
5 tahun
Benjolan di belakang telinga dan leher
Saya pelajar wanita berumur 20 tahun. Saya perasan terdapat benjolan di belakang telinga dan leher. Adakah ia disebabkan oleh infection kerana terdapat luka di kulit kepala saya atau adakah ia boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bengkak tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jerawat
- Limfadenitis tuberkulosis yaitu akibat jangkitan bakteria Tibi
- Lipoma yaitu akibat kumpulan lemak dibawah kulit
- Cyst
- Limfoma yaitu sejenis kanser
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.