
yuyueardin
6 tahun
Benjolan di bhgian atas kemaluan
anak saya berumur 3tahun 5bulan lelaki…sy perasan ada satu benjolan kecil di bhagian atas sblh kanan kemaluan beliau…biasa ia kelihatan kecil…kdg2 langsung xkelihatan…dlm 2 3hrni ni ank sy batuk…ketika mandikan beliau sy tgk benjolan tu besar dn sdikit keras…bila sy gosok xade rasa sakit …apakah benjolan trsebut …mohon doctor blh bg pencerahan…
ibu runsing

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan puan, terdapat kemungkinan benjolan yang terjadi pada bahagian kemaluan anak puan adalah berpunca daripada hernia atau dikenali sebagai angin pasang. Masalah ini adalah biasa berlaku kepada anak lelaki dan salah satu pencetusnya adalah batuk.
Oleh itu, puan amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk memastikan sama ada benjolan tersebut adalah hernia atau merupakan masalah lain. Hernia yang tidak dirawat boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian sekiranya puan inginkan keterangan lanjut. Konsultasi dengan doktor kami adalah percuma jika puan merupakan ahli Peduli Sihat. Terima kasih.