
haslan80
4 tahun
Benjolan di bibir mulut
Saya lelaki berumur 39 tahun, masalah yang dihidapi adalah terdapat satu benjolan di bibir bawah hadapan mulut. Pada mulanya benjolan dalam saiz yang kecil namun semakin membesar, cuma sekarang benjolan tersebut terhenti pembesaran saiznya sehingga kini. benjolan tersebut tidak sakit namun kadang-kadang apabila waktu makan bila terkena pada benjolan tersebut terasa kebas. Apakah benjolan itu adalah sejenis kanser atau penyakit lain yang berkaitan? bagaimana mengatasi penyakit ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kemungkinan anda dijangkiti “Mucocele” juga dikenali sebagai sista duktus mukus yang pada kebiasaannya terdapat pada permukaan dalam bibir bawah. Bonjolan ini terbentuk akibat gangguan pada laluan saluran duktus (tiub) kelenjar air liur kecil yang membawa mukus (lendir) dari kelenjar air liur kecil yang terdapat di bibir ke permukaan mulut. Jika saluran ini tersekat atau terpotong (tercedera) menyebabkan lendir (mukus) terkumpul di bawah lapisan mukosa dan terbentuknya bonjolan yang lembut yang tidak sakit. Bonjolan ini mudah pecah dan akan terbentuk semula.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.