
Sulit
3 tahun
Benjolan di celah punggung lelaki
Saya lelaki berumur 25 tahun. Di celah dubur saya ada seketul bengkak … seperti bengkak nanah. Bagi saya berjalan dn duduk tiada masalah setakat ini . Ianya baru disedari pagi selepas saya bangun dari tidur. Buat masa sekarang ni saya merasa tidak selesa pada diri saya. Dan membuatkan saya rasa risau malah malu untuk berjumpa doktor mengenai hal ini .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda mengenai benjolan di dubur.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan yang terdapat pada dubur anda boleh disebabkan:
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Trauma / luka
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
- Buasir
- Rectal polyp
- Rectal prolapse
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini di pusat kesihatan atau menghubungi doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan yang kami berikan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.